TNC SIBER

Capt.H.Moh Anton Hermawan Eka Putra,.S.E,.MM,.CHRA,.CLMA : Rejeki Tak Salah Alamat

 



Sebagai  manusia  di  muka  bumi  yang  diberikan  akal  dan  fikiran  oleh Allah SWT,  hendaklah  memanfaatkan  nikmat tersebut  dalam  mencari  rezeki.  Ini  kerana Allah SWT  telah menjamin  rezeki  seseorang  sejak  mulai  dari  kandungan ibunya  lagi.  Firman  Allah  SWT  dalam  Surah  Hud  ayat 6 maksudnya:  "Dan  tiadalah  sesuatu pun  dari  makhluk-makhluk  yang  bergerak  di  bumi  melainkan  Allah  jugalah  yang  menetapkan rezekinya  dan  mengetahui  tempat  kediamannya  dan  tempat  ia disimpan.  Semuanya  itu  tersurat  di  dalam  Kitab (Lauh mahfuz) yang  nyata  (kepada  malaikat-malaikat  yang  berkenaan)."

" Rejeki itu sudah diatur oleh Allah SWT , tidak akan salah alamat tidak akan kurang dan tidak akan terlebih , tugas kita berikhtiyar menjemputnya dan bersyukur atas apa yang telah kita peroleh "

Yakinlah  bahawa  limpahan  rezeki  akan  datang melalui  amalan bersedekah. Hal  ini  tercatat  dalam  Surah  Al-Baqarah  ayat 245 maksudnya:  "Siapakah  orangnya  yang (mahu)  memberikan  pinjaman kepada  Allah  sebagai  pinjaman  yang  baik  (yang  ikhlas)  supaya  Allah  melipatgandakan  balasannya  dengan  berganda-ganda  banyaknya? Dan (ingatlah), Allah  jualah  Yang  menyempit  dan Yang  meluaskan  (pemberian  rezeki) dan  kepada-Nyalah  kamu  semua  dikembalikan."
Oleh  sebab  itu,  janganlah  takut  untuk  tidak  dikurniakan  rezeki, kerana  rezeki akan  datang  dari  pelbagai  sumber  yang  telah  ditentukan  oleh Allah SWT

Allah SWT sangat  menyayangi  dan  mengasih  hamba-hamba-Nya yang  sentiasa  berusaha  meningkatkan  keimanan  dan  ketakwaan  mereka  dari  semasa  ke  semasa dengan  melakukan segala  perintahnya  dan  meninggalkan segala  larangannya.  Mereka  berusaha siang  dan  malam  untuk  memastikan  tahap iman  dan  takwa  mereka  di  tahap  yang  terbaik  serta  di pandang oleh Allah SWT. Allah  berfirman dalam  Surah  Al  A'Raf a yat 96:  "Jikalau  sekiranya  penduduk  negeri-negeri  beriman  dan  bertakwa,  pastilah  Kami  akan  melimpahkan  kepada  mereka berkat  dari  langit  dan  bumi,  tetapi  mereka  mendustakan  (ayat-ayat  Kami)  itu,  maka  Kami  seksa  mereka  disebabkanperbuatannya."

Moga  Allah SWT  murahkan  rezeki  kita  semua  dengan  asbab kebaikan  dan  amal  saleh  yang  kita  lakukan  setiap  hari,  bukan bermusim atau  kerana  sesuatu  keuntungan  duniawi  semata-mata.  Buatlah  semua  ikhlas  kerana Allah SWT.  Percayalah rezeki  yang halal  lagi  barakah  itu  akan  datang  bergolek. 

0 Komentar

Advertisement
Advertisement
Advertisement
© Copyright 2022 - TNC SIBER